Skip to main
Logo Malaysiakini

Uqasha buka mulut bagi reaksi dituduh pukul pembantu peribadi

Artikel ini sudah sebulan diterbitkan

Uqasha Senrose akhirnya tampil membuka mulut berhubung dakwaan bekas pembantu peribadi yang mendakwa dipukul oleh pelakon terbabit sebelum ini.

Uqasha malah mencabar wanita terbabit untuk mengemukakan bukti bagi mensabitkan kesalahan itu kepadanya.

“Aku tidak pernah cakap diri aku baik, lembut.. pijak semut tak mati ke apa, itu pandangan korang dekat aku.

“Aku baik dengan orang yang baik dengan aku dan boleh diam sampai fitnah aku kaki pukul, penumbuk semua tapi itu melampau.

Talk is cheap. Aku juga boleh reka apa-apa jika mahu, tapi bawalah bukti - mungkin gambar - untuk buat laporan polis,” katanya di media sosial hari ini.

Isteri kepada Kamal Adli yang juga pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berkata, dia mempunyai bukti kukuh berhubung wanita terbabit yang didakwa mengambil barang berharga dari rumahnya.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen juga mendakwa, bekas pembantu terbabit sesuka hati membuat rumahnya seperti hak sendiri dengan memasuki bilik tidur dan memakai pakaiannya tanpa izin.

“Pertama, masuk bilik tidur orang tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam itu? Kita pun jammed otak sedangkan dah ada pembantu rumah, kenapa kamu nak masuk juga bilik saya dan kemas?

“Dia ingat fitnah dan aib yang dia cuba buat sekarang ini akan berjaya? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti," katanya.

Semua manusia ada had

Uqasha turut mengiringi hantaran itu dengan memuat naik bukti tangkap layar teks pesanan ringkas melalui WhatsApp dengan wanita terbabit yang mengaku tolong ‘menyimpankan’ sebuah beg kertas dipercayai berisi wang tunai.

Sebelum ini media melaporkan seorang pembantu peribadi ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka, Ampang, membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazruel Ekram Abu Saare berkata wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan direman empat hari hingga 18 Ogos lalu.

Beberapa hari lalu, spekulasi mendakwa seorang artis memukul pembantu peribadi sendiri turut tular di media sosial.

Uqasha, 32, mendakwa bekas pembantu peribadinya itu suka menabur fitnah dan menyebabkan keluarganya menjadi porak-peranda.

“Setiap manusia ada had tetapi apabila sudah sentuh keluarga, ibu, suami, siap mereka cerita fitnah.

“Setiap bulan gaji mesti awal dan penuh walaupun tiada penggambaran. Rupanya bayar gaji untuk jadi penyampai cerita rumah tangga orang.

“Kita ini sedaya upaya tidak mahu mengaibkan dia, nak selesai cara baik, suruh pulangkan emas-emas dan duit gaji dia yang langsung tidak kerja serta barang-barang yang saya tidak tahu dia ambil.

“Kakak dia pula guna media sosial dengan niat menjatuhkan orang,” sindirnya.