Trump sasar tapak budaya di Iran tindakan gila
Kami mendesak agensi dan pemimpin dunia menjawab retorik Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran dan ancamannya untuk kenakan sekatan ke atas Iraq.
Trump dakwa mahu hentikan perang, tapi jelas beliau sendiri memukul gendang perang.
Parlimen Iraq berhak menggesa tentera AS dinyahkan dari Iraq.
Retorik Trump mengenai peperangan dengan Iran dan Iraq serta amarannya tentang "tindak balas besar" sekiranya Iran menyerangnya adalah kenyataan yang cuai dan jahat
untuk menarik sokongan terhadap imejnya yang sudah tercemar akibat dakwaan akan dipecat oleh kongres AS sendiri.
Trump mendakwa Qassem Soleimani merancang menyerang AS, tapi apakah ini boleh dijadi asas untuk melakukan serangan kejam baru-baru ini yang membunuh Soleimani?
Apakah mana-mana negara yang tidak diberi mandat di bawah undang-undang dibenarkan melakukan pembunuhan dengan menyasar individu di sebuah negara berdaulat yang lain?
Kami ulangi bahawa gesaan parlimen Iraq yang meluluskan pasukan tentera AS perlu keluar dari Iraq adalah keputusan yang tepat.
Kecenderungan Trump untuk melancarkan perang sangat melampau apabila beliau twit bahawa AS menyasarkan 52 kawasan di Iran," sebahagiannya pada lokasi yang berkepentingan tinggi kepada Iran dan juga lokasi kebudayaan Iran" sekiranya Iran menyerang rakyat AS atau memusnahkan aset AS.
Menyasar kawasan budaya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan dianggap jenayah perang, termasuk melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang disokong sendiri oleh pentadbiran Trump pada 2017 dan Konvensyen Hague 1954 bagi Perlindungan harta Kebudayaan.
Sekiranya Trump isytihar rancangannya melancarkan jenayah perang ini, kenapa dunia membisu dan tidak bertindak terhadap AS?
Amaran Trump terhadap Iraq tidak masuk akal.
AS yang memusnahkan Iraq dan AS juga yang menyebabkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq sejak serangan AS pada 1991 dan 2003.
Kini, AS pula mahu dibayar gantirugi kerana AS telah mendirikani asetnya di Iraq, walaupun semua kos itu diambil dari wang petrol Iraq dan beberapa negara Arab.
Ini betul-betul tindakan gila.
Nader Hashemi, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denven memberitahu Al Jazeera, kenyataan Trump "hampir tindakan gila" dan perlu diberi perhatian.
"Ini menjunjukkan dia seorang yang dikelilingi oleh penasihat yang gila perang dan didorong egonya dan beliau melihat isu ini adalah sebahgian kempen piliharaya Presiden AS untuk penggal seterusnya. Hashemi berkata: "Saya rasa dia menganggap retoriknya sesuai untuk dia meraih sokongan domestik dalam kempennya."
Kami mendesak PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk hentikan kegilaan Trump untuk melancarkan peperangan.
PBB perlu gerakkan mandat antarabangsanya untuk hentikan AS menjalankan kempen untuk perang.
Kegilaan Trump merupakan ancaman kepada dunia yang mesti ditangani dengan tegas dan dengan keputusan yang boleh dikuatkuasakan.
MOHD AZMI ABDUL HAMID ialah presiden Majlis Perundingan Islam (Mapim).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai