Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | PKPIM gesa kerajaan teruskan langkah mansuhkan Auku

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meneliti penuh cermat pendirian Kementerian Pengajian Tinggi berkenaan cadangan pemansuhan Auku.

Berdasarkan jawapan menteri, Dr Noraini Ahmad bertarikh 28 Julai 2020, KPT belum bercadang untuk memansuhkan Auku dalam masa terdekat.

PKPIM berpandangan tindakan merupakan langkah terkebelakang disebabkan usaha-usaha mengembalikan autonomi mahasiswa dan universiti sudah dimulakan di hampir semua universiti awam di Malaysia.

Antaranya adalah melalui usaha-usaha penubuhan kesatuan pelajar, pelantikan wakil mahasiswa dalam senat universiti serta kebebasan politik mahasiswa di universiti.

PKPIM juga meminta pihak KPT memberikan penjelasan terkini berhubung status Jawatankuasa Teknikal Auku dan Majlis Penasihat Kesatuan Pelajar yang ditubuhkan bagi mereformasikan pengajian tinggi pada zaman pemerintah kerajaan pimpinan PH.

PKPIM menzahirkan komitmen untuk terus memperjuangkan isu berkaitan Auku serta bersedia membantu pihak KPT dalam soal reformasi institusi pengajian tinggi.

Hidup biar berjasa!


AHMAD FARHAN ROSLI ialah presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.