Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Polemik kata ‘Tuhan’: Pandangan linguis

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polemik Tuhan dan tuhan, iaitu penggunaan huruf besar dan huruf kecil pada pangkal perkataan merupakan isu kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa.

Apakah itu perkataan sebenarnya? 

Perkataan ialah rujukan arbitrari bagi sesuatu konsep, gagasan atau benda yang dirujuk.

Sebagai linguis, saya berpendapat bahawa hal menetapkan peraturan cara menggunakan sesuatu perkataan secara eksklusif oleh pengguna tertentu adalah tidaklah wajar.

Hal menggunakan mana-mana perkataan dalam bahasa merupakan hak bagi setiap pengguna bahasa.

Dalam polemik sekarang, pengguna bahasa tidak boleh dilarang atau ditegah untuk penggunakan perkataan Tuhan oleh masyarakat Malaysia melainkan oleh orang Melayu-Islam adalah sesuatu yang menafikan hak pengguna bahasa.

Perkataan milik setiap pengguna bahasa.

Polemik tersebut hendaklah ditangani secara rasional dan bukan secara emosi.

Rundingan secara ilmiah haruslah dilakukan untuk mencari jalan keluar dalam isu tersebut.


DR S NATHESAN ialah tenaga akademik Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.