Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT| Syarikat insurans didakwa palsu tandatangan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

SURAT | Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) menerima aduan mengenai tindakan pihak sebuah syarikat insurans yang didakwa memanipulasi tandatangan pemegang polisi sehingga menyebabkan kegagalan beliau untuk mendapatkan perlindungan berkaitan GL tidak dilulus oleh pihak insurans sejak setahun lalu.

Pemalsuan tandatangan itu disahkan oleh Jabatan Kimia Malaysia baru-baru ini, mengesahkan wujud tindakan tidak bermoral berkenaan.

PPMM bimbang kegiatan ini berleluasa dalam kalangan penggiat industri insuran di negara ini memandangkan kebanyakan pemegang polisi hanya menyerahkan urusan berkaitan kepada pihak syarikat Insurans.

Laporan polis sudah dibuat pengadu berhubung perkara itu di Alor Setar Kedah beserta aduan kepada PPMM untuk tindakan lanjut.

Dalam kes itu, pengadu mendapati tandatangannya ditiru bagi tujuan pembaharuan polisi yang tidak diketahuinya selepas melanggan insurans berkenaan selama hampir bebelas tahun.

PPMM juga sudah merujuk kes ini Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) untuk tindakan susulan dan penjelasan kepada umum.

Selain itu, sebagai sebuha badan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan, PPMM tidak menolak kemungkinan terdapat banyak lagi kes seumpama ini yang mungkin tidak disedari pengguna yang membabitkan kerugian dalam jangka masa panjang.

Tindakan undang-undang ke atas isu ini akan diambil dan PPMM akan melantik peguam bagi mewakili pengadu bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Sebagai pemudahcara, PPMM juga menawarkan pilihan penyelesaian di luar mahkamah bagi membolehkan pengadu diberi keadilan sebaik mungkin.

Justeru PPMM juga mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk menyalurkan maklumat sekiranya berdepan situasi sama.


LEFTENAN KOLONEL (H)) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.