Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT l Hentikan segera operasi kilang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Saya terpanggil menggesa kerajaan supaya hentikan operasi kilang dengan serta merta, kecuali yang hanya memperoses makanan keperluan.

Dengan peningkatan jumlah kes harian yang tidak kesudahannya, tindakan ini adalah jalan yang terbaik dan terakhir untuk membedung kes positif yang tidak menunjukan akan turun ke tahap yang kita harapkan sehingga kini.

Semalam sahaja, sebanyak 57 kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif Covid-19 di seluruh negara setakat semalam pula adalah 61,812 kes dengan 899 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Apatah lagi ada pula rakyat yang terkesan dengan langkah oleh kerajaan sekarang memilih untuk membunuh diri. Perangkaannya semakin hari semakin meningkat.

Prniagaan kecil pula hampir 80 peratus elah terkubur, dan banyak lagi rakyat yang kini menjadi penggagur tegar dalam sektor pelancongan, dan perladangan dek kerana kes yang datang dari sektor perkilangan.

Jadi, tolonglah YAB Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, rakyat sudah penat berkurung dan hampir 60 peratus sudah mengalami sakit mental. Saya yakin dan pasti jangkitan dan jumlah yang positif Covid-19 datangnya dari pekerja asing di sektor perkilangan. Ini terutamanya berlaku di negeri Selangor, Negeri Sembilan serta Johor.

Untuk masa jangka panjang ambiklah tindakan dengan segera, rakyat marhaen tidak mampu bertahan lagi.


LEFTENAN KOLONEL (H)) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.