Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | ‘Cikgu akan bantu sedaya yang mungkin’

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sejak pandemik bermula dan PKP yang berlainan diperkenalkan, dan sebelum pergerakan bendera putih wujud, saya perhatikan pengajaran dalam talian sangat buruk.

Ketika saya melihat lebih mendalam mengenai masalah ini, saya mendapati terdapat begitu banyak pelajar yang keluarganya kehilangan pekerjaan dan pendapatan dan tidak cukup makan.

Abraham Maslow membuktikan dalam teorinya dengan jelas, jika keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal tidak mencukupi bagaimana orang berusaha untuk mendapatkan perkara yang lebih besar dalam hidup?

Dengan kesedaran itu, saya mula mendapatkan bekalan makanan asas dengan wang sendiri dan beberapa sumbangan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Setelah kami memulakan, begitu banyak orang miskin daripada perkampungan di sekitar Kudat meminta kami untuk membantu.

Sangat sedikit pertolongan yang terdapat di Kudat kerana ia terpencil dan jauh.

Saya terpaksa mengatakan tidak kepada sebilangan besar penduduk miskin di sini kerana kehabisan sumber dan ini sangat mengecewakan hati saya.

Setakat ini setelah bertanya di sana sini, saya telah memberi makan kira-kira 600 keluarga dalam masa kira-kira dua bulan. Tetapi ia tidak mencukupi.

Segolongan besar tidak dapat kembali bekerja, dan ada terlalu ramai yang kehilangan sumber pendapatan setelah diberhentikan kerja akibat PKP yang tidak berkesudahan.

Sebungkus beras (5kg) hanya dapat bertahan sekitar seminggu dalam keluarga sekitar lima ke enam orang.

Dan sayangnya kebanyakan keluarga mempunyai lebih banyak ahli daripada jumlah itu.

Selain itu, saya juga mencari bantuan telefon, tablet atau komputer riba, walaupun telah digunakan tetapi berfungsi untuk membantu murid-murid yang lemah dan miskin untuk melakukan pembelajaran dalam talian.

Baru-baru ini, saya telah berhubung dengan Puan Irene Hisham yang sangat aktif membantu orang-orang miskin di kampung asal saya, Seremban untuk membantu jika boleh.

Tanpa sebarang masalah beliau sedang gigih mendapatkan pelbagai jenis bantuan untuk 30 murid saya. Ini adalah permulaan yang sangat baik.

Dengan keadaan semasa dan kadar vaksinasi di Sabah, nampaknya pembelajaran dalam talian akan di dilanjutkan untuk beberapa bulan lagi.

Keadaan di Sabah dan lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar seperti Kudat tidak sama dengan keadaan di Semenanjung Malaysia.

Di semenanjung terdapat bantuan makanan hampir di setiap sudut.

Di sini bank makanan yang dibuka terlalu sedikit. Di Kudat boleh dikatakan langsung tiada. Bakul makanan sangat sukar dieproleh.


CIKGU SUNITA berkhidmat si sebuah sekolah di Kudat. Dia boleh dihubungi di talian 016-2352016.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.