Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | CSA: Tiada desakan tentang kebebasan media

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kerajaan yang lemah menawarkan peluang keemasan untuk memperkasakan masyarakat kita.

Namun demikian, tiada sebarang desakan tentang kebebasan media yang merupakan alat utama untuk mendidik dan membina pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat.

Pascakemerdekaan, Tunku Abdul Rahman tidak membuang peraturan dan undang-undang penapisan media untuk mengawal kritikan politik yang digubal oleh penjajah British.

Media sedang merana kerana intimidasi kerajaan seperti penapisan, tindakan undang-undang melampau dan rampasan peralatan.

Pekerja media juga telah disiasat selepas beberapa jam oleh polis kerana memberi liputan untuk perhimpunan awam.

Peralatan media yang mahal yang dirampas polis telah menyebabkan kerugian yang besar.

Undang-undang penapisan dan intimidasi kerajaan perlu dihentikan selama-lamanya melalui CSA untuk melindungi kebebasan media.


SHARAN RAJ ialah ahli jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.