SURAT | Siapa luluskan lesen syarikat Timah, soal persatuan pengguna
Banyak rugutan umat Islam di negara kita mengenai jenama arak yang memenangi hadiah di peringkat dunia bernama Timah. Malaysia telah pun disahkan dalam perlembagaan sebagai sebuah negara Islam.
Pertama isu ini tidak akan menjadi besar sekiranya nama diletak dengan penuh Bijih Timah Whisky atau Tin Whisky.
Oleh kerana nama Timah terkait dengan nama Bangsa Melayu-Islam Nur Fatimah, Siti Fatimah dipanggil dengan nama Timah sahaja, maka ia menimbulkan perasaan terhina bagi mereka yang bernama Timah.
Dulu nama Timah hanya panggilan manja di kampung-kampung. Sekarang ia gah di serata dunia. Tetapi ia hanya diguna untuk melariskan minuman arak.
Di sebelah barat mereka tidak tahu apa itu nama Timah, hanya sekadar dikaitkan dengan bijih timah yang satu ketika dulu bangsa mereka jadi bos lombong-lombong di negara ini.
Bagaimanapun, siapa yang meluluskan lesen syarikat mereka? Pihak berkuasa setempat mana yang meluluskan lesen kilang tersebut?
Adakah Miti tidak perasan barang eksport dan import bawah kuasa mereka sebelum dibenarkan dieksport?
Harap sekiranya tiada garis panduan, tolong wujudkan garis panduan, supaya perkara-perkara sebegini tidak berulang.
Begitu juga dengan jenama yang berkait dengan status halal, tolong pastikan pekilang tidak salah menggunakan jenama orang Islam, untuk meraih keuntungan serta menarik pembeli Islam.
LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai