Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Jangan remehkan calon muda

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Semenjak pencalonan saudari Farzana Hayani sebagai calon Sungai Rambai pelbagai reaksi yang dapat kita lihat, hanya kerana beliau baru berumur 21 tahun.

Malah sesama pelajar juga ada yang memperkecilkan Farzana hanya kerana beliau masih seorang pelajar.

Ketidakstabilan politik yang terjadi pada hari ini disebabkan dinosaur politik negara yang rakus dengan kuasa tanpa memikirkan rakyat.

Pencalonan beberapa orang anak muda mewakili Pakatan Harapan (PH) menunjukkan anak muda mendambakan perubahan.

Saya juga menyelar sikap individu atau mana-mana organisasi yang memperkecilkan suara anak muda hanya kerana mereka masih muda.

Sepatutnya anak muda diberi peluang untuk memimpin dan berada sebaris dengan orang-orang yang berpengalaman.

Saya yakin dan pasti adik Farzana mempunyai jiwa besar, bersedia menghadapi onak duri sebagai seorang ahli politik di usia yang masih muda dan sanggup menghadapi risikonya.

Malah beliau sudah aktif dalam parti semenjak di bangku sekolah lagi mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga ketua cabang PKR.

Ini satu pengorbanan besar yang wajar dijadikan contoh buat anak muda yang lain.

Saya mewakili Wanita Muda dan Srikandi Keadilan mengucapkan selamat maju jaya buat Farzana.

Semoga Nana kuat semangat dan menjadi contoh buat belia di luar sana.

Anak muda adalah aset negara dan perlu diberi perhatian.

Semoga kemenangan buat Farzana Hayani di Sungai Rambai.


YUSLAINI AZMI ialah ketua Wanita Muda PKR Terengganu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.