Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Banjir Kg Ulu Nor, Sg Bayor, Selama: AMK mohon tindakan Adun Selama

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pemuda PKR cabang Larut menggesa Adun Selama memfokuskan usaha untuk menyelesaikan isu banjir di Kampung Ulu Nor, Selama.

Isu banjir ini telah terlalu lama merunsingkan penduduk-penduduk di Kampung Ulu Nor, Sungai Bayor.

Kami daripada PKR sering turun mengagihkan sumbangan di kawasan ini bila banjir berlaku tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan kebimbangan penduduk di sini untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, merentasi kepentingan politik, kami meminta Adun Selama Mohd Akmal Kamarudin memfokuskan usaha untuk menyelesaikan isu ini.

Akmal yang juga exco kerajaan Perak wajar mengambil kesempatan memanfaatkan jawatannya dengan mengerahkan jabatan-jabatan yang terlibat memikirkan jalan penyelesaian.

Ketika menjadi penyelaras DUN Batu Kurau dulu, saya pernah memanggil jurutera daerah JPS, JKR dan jabatan berkaitan bagi bincang isu banjir Kampung Pondok Quin.

Alhamdulillah walaupun tidak selesai 100 peratus tetapi telah mengurangkan kebimbangan ketika musim hujan.

Justeru, Akmal sebagai exco yang mempunyai kuasa wajar mengambil pendekatan sama untuk menyelesaikan isu ini.

Sekali lagi saya berharap isu ini diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kesejahteraan penduduk di sini.

Kerugiaan akibat banjir ini tidak mampu ditanggung dengan nilai sekampit beras dan duit lima puluh ringgit tetapi ia perlu fokus daripada pemimpin yang diamanahkan menyelesaikannya.


MUHAMAD AIMAN AIZUDDIN MD HUSIN ialah ketua Angkatan Muda PKR cabang Larut merangkap exco AMK Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.