Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Hormati keputusan Mahkamah Rayuan, junjung kedaulatan undang-undang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd.

Kami menggesa semua pihak menghormati keputusan yang dibuat sebulat suara oleh tiga hakim ini.

Menjadi keperluan setiap rakyat Malaysia meneliti dan memahami keputusan terhadap sesebuah jenayah berat yang dilakukan kerana membabit wang negara dan rakyat.

Jenayah berat seperti ini yang dilakukan oleh pemimpin yang mendakwa membela rakyat mesti dipandang keji dan menjadi iktibar buat bangsa ini.

Kami menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri tampilkan sikap betul dengan menghormati keputusan mahkamah sesuai prinsip Rukun Negara keemoat - kedaulatan undang-undang.

Sikap PM yang mengagungkan seorang penjenayah, melayan Najib seperti VVIP adalah salah, melanggar prinsip Rukun Negara dan mencemar imej Malaysia di mata dunia.


MOHAMAD EZAM MOHD NOR ialah presiden (penaja) Parti Antikorupsi.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.