Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Sampai masa depot imigresen diambil alih Jabatan Penjara, polis

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sudah berapa kali kejadian tahanan Depot Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meloloskan diri, tetapi kali ini cukup sedikit - hanya seramai 528 orang sahaja.

Sedarkah menteri dalam negeri, isu ini tidak ada kesudahanannya. 

Kejadian berlaku semalam di Pusat Tahanan Relau selepas tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) melarikan diri beramai-ramai lebih kurang jam empat pagi, pada Rabu.

Sebahagian tahanan berjaya ditahan semula manakala enam lagi ditemukan maut kemalangan dalam cubaan melarikan diri.

Sudah penat kita diberi bermacam-macam alasan yang tidak masuk akal.

Ingat, ini bukan kandang kambing atau lembu. Pati itu dari perbagai negara dan latar belakang, takut bahaya menanti rakyat kita.


LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN berkhidmat sebagai presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.