Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Wujudkan pelan pemerkasaan bekalan rantaian makanan negara

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Wira Putra menyarankan kerajaan untuk mengwujudkan pelan kajian pemerkasaan bekalan rantaian makanan dan seterusnya dijadikan dasar penting negara. Membuat kenyataan dengan jaminan secara lisan tidak membawa apa-apa kesan secara langsung terhadap penyediaan bekalan makanan dan kestabilan harga barang untuk kegunaan domestik jangka panjang. 

Pada ketika ini kita mengalami kekurang bekalan ayam, dan pelbagai fakta dan sebab telah dikemukakan. Namun ini tidak mustahil akan berlaku krisis bekalan makanan ini lagi pada barang-barangan lain seperti hasil laut dan sayur-sayuran. Tren dalam tempoh sepuluh tahun ini sahaja sudah pelbagai jenis barangan yang telah terganggu penyediaan bekalannya termasuk gula, bawang dan daging. 

Wira Putra mencadangkan semua agensi berkaitan pertanian, perikanan dan penternakan diletakkan di dalam satu task force kawalan harga barang, bekalan barang dan pemerkasaan tenaga kerja muda dalam bidang berkenaan. Ini bagi membolehkan jaminan bekalan untuk masa depan setidaknya lebih meyakinkan berbanding sekadar dalam bentuk kata-kata.


NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF ialah ketua pergerakan Wira Putra Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.