Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Nasib masjid, surau, makam lama di Batu Pahat

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sejak 2017 saya meninjau pelbagai masjid dan surau, selain makam dan tanah perkuburan Islam lama dalam daerah Batu Pahat.

Masjid atau surau diselia oleh unit pengurusan masjid Pejabat Agama Batu Pahat. Tanah perkuburan pula bawah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) cawangan Batu Pahat.

Masjid atau surau berusia lebih 50 tahun di daerah Batu Pahat termasuklah:

1. Masjid Jamek Tanjong Sembrong
2. Surau Muslim India Selatan
3. Masjid Jamek Bukit Pasir
4. Masjid Jamek Patah Pedang
5. Masjid Parit Semarang
6. Masjid Dato Bentara Luar

Tanah perkuburan Islam purba di Batu Pahat (rujuk juga fatwa memelihara tapak sejarah Batu Aceh Batu Pahat dan lokasi lain di negeri johor bertarikh 18 april 2018) termasuklah:

1. Pemakaman batu Aceh Bukit Inas Salleh Dakam. 
2. Tapak batu Aceh Bukit Senjata (hilang) Roslina Salman.
3. Batu Aceh di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kalong.
4. Batu Aceh Bukit Kerayong (tanah persendirian).
5. Batu Aceh Parit Mustafa Laut (tanah persendirian).
6. Batu Aceh Kg Lubok Laut.
7. Bukit Jeragan (dalam DUN Semerah/Makam Penghulu Pulau Sebelum 1894).
8. Bukit Cermai.
9. Kubur lama sebelah rumah pegawai daerah Batu Pahat.

Ini isu-isu yang timbul:

1. Status gazet bangunan sejarah atau tapak sejarah oleh Yayasan Warisan Johor Jabatan Warisan Negara sangat kompleks jika kerajaan Johor tidak mewartakan dulu mengikut Enakmen Yayasan Warisan Negeri 1988.

2. Perlu kajian dan konservasi bangunan lama masjid atau surau lama. Bidang kuasa siapa?

3. Ada atau tidak peruntukan membersih kubur lama ini? ini menyedihkan kerana nisan sudah tercabut dan terbiar di Bukit Jeragan. Oleh kerana tiada papan tanda MAIJ, tidak diketahui status tanah.

4. Isu pembinaan masjid atau surau baru. Jika wujud bangunan lama masjid adakah ia diroboh atau dijadikan bangunan NGO? Apa langkah terbaik?

5. Masjid, surau dan kubur lama ialah produk pelancongan? Apa peranan Pelancongan Johor untuk membantu masjid atau surau menjana ekonomi?

Saya menunggu pejabat agama atau MAJI menghubungi saya. Perkara ini serius dan perlu kembali dilihat, lebih-lebih lagi apabila exco agama sendiri ialah Adun Semerah.


MOHD AZLAN MOHD SHARIF merupakan anggota jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Batu Pahat.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.