SURAT | Tahniah PKR! Dua naib presiden wanita
Wanita PKR menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Presidennya Anwar Ibrahim berhubung pelantikan dua Naib Presiden PKR yang merupakan Wanita, Nurul Izzah Anwar dan Saraswathy Kandasamy.
Langkah ini, merupakan satu strategi cukup penting untuk mengarusperdanakan peranan wanita dalam kepimpinan induk PKR dan dianggap sebagai suatu penghormatan yang tinggi kepada merit kepimpinan wanita.
Tambahan itu dalam Pemilihan Keadilan 2022 seramai empat orang wanita telah memenangi pemilihan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) daripada jumlah 20 jawatan yang ditandingi.
Tambahan itu pengumuman perlantikan semalam juga telah menambah lagi dua orang Ahli MPP Wanita.
Jumlah Wanita dalam MPP adalah enam daripada 20 orang.
Diketahui umum bahawa PKR merupakan parti yang menerajui penglibatan wanita dalam pimpinan tertinggi dengan adanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti selama 20 tahun.
PKR merupakan satu-satunya parti yang memperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan dalam Fasal 5 : Tujuan dan Matlamat Perjuangan :
“5.14. Mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat, menghayati falsafah hormat wanita, memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi, mengupayakan wanita untuk mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan dan membuat keputusan dengan sekurang-kurangnya penglibatan tiga puluh peratus, demi memastikan hak serta kepentingan mereka terpelihara.
”Pemerkasaan penglibatan politik wanita di dalam parti politik pada peringkat kebangsaan, bukan sahaja dapat menambahbaik keadaan politik semasa.
Malah ia juga bakal menambahbaik masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan mengubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis dan peranan mereka di dalam membuat keputusan pada peringkat tertinggi.
SANGETHA JAYAKUMAR adalah Naib Ketua Wanita PKR
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai