SURAT | Rara kekal sebagai ketua Pemuda PH Pahang
Angkatan Muda Harapan negeri Pahang telah mengadakan mesyuarat pada 12 September 2022 bagi memilih jawatankuasa Angkatan Muda Harapan negeri Pahang yang baru dan membincangkan hala tuju dan misi untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.
Angkatan Muda Harapan negeri Pahang sedia memperkukuhkan dan memperkasakan setiap komponen yang ada dan bersedia menghadapi PRU15 sebagai sayap Pakatan Harapan (PH) negeri Pahang dan akan menjadi tunjang kepada kekuatan PH Pahang.
Angkatan Muda Harapan negeri Pahang bersedia untuk kerja-kerja menggempur di lapangan dan telah menyasarkan beberapa kawasan yang berpotensi untuk ditawan pada pilihan raya akan datang.
Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Harapan negeri Pahang bersetuju untuk menjadi tuan rumah seterusnya kepada siri Jelajah Anak Muda Harapan dan lokasi Pentas Anak Muda akan diadakan di Temerloh.
Mesyuarat Angkatan Muda Harapan negeri Pahang juga telah sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan Young Syefura Othman sebagai Ketua Angkatan Muda Harapan negeri Pahang.
Berikut adalah jawatankuasa Angkatan Muda Harapan negeri Pahang:
Ketua:
Young Syefura Othman
Timbalan ketua:
Muhammad Ibrohim Mazalan
Chan Chun Kuang
Leong Woi Hong
Setiausaha:
Ahmed Wafiuddin Shamsuri
Timbalan setiausaha:
Chris Shan Mei Yen
Bendahari:
Chang Zi Kang
Biro pilihan raya:
Mohd Mustaqim Abdul Jalil
Biro mobilisasi:
Ragavan Perianan Kovindan
Biro penerangan:
Amar Nur Akhyar Rosli
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai