Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Pembentukan kuasa lebih mudah antara 2 parti saja - Husam

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Saya pernah menyebut tentang satu konsep Jepun - Kintsugi - atau Tampalan Emas/Golden Jointnery beberapa tahun yang lalu.

Sesuatu yang berharga yang pecah, ditampal dengan 'tampalan emas' untuk menghasilkan sesuatu yang lebih berharga.

Malaysia kini tidak memiliki gabungan tunggal membentuk kerajaan.

Ibarat tembikar mahal yang retak. Memerlukan keterbukaan dan kemahiran pemimpin memberi bentuk baru yang bernilai.

PH memiliki 82 kerusi. Ia wajar diberi tugas sebagai tonggak pemerintahan. Selari dengan hasrat teratas pengundi Malaysia berdasarkan bilangan kerusi. Umno/BN mempunyai 30 kerusi. Gabungan keduanya sudah menghasilkan majoriti mudah.

Kemasukan Umno boleh meredakan kebimbangan tentang dominasi DAP dengan tambahan MP Melayu dari Umno.

Sekali dua gabungan ini bersama, parti lain InsyaAllah akan bersama.

Selain itu, apa yang Umno/BN perlu ambil kira :

Muhyiddin pernah isytihar Umno/BN musuh utama PN. Ismail Sabri pula menganggap ada menteri dari PN ibarat menikam belakang beliau.

Pembentukan kuasa lebih mudah antara 2 parti sahaja. Kabinet boleh dikecilkan. Kedudukan BN lebih diraikan berbanding PN dan gabungan lain yang lebih rencam dan rumit. BN tidak akan menerima komposisi besar dalam kabinet PN kerana banyak komponen.

Jajahan kuasa PH dan PN tidak bertembung dalam kawasan pilihan raya. Berbanding dengan PN, PAS dan Bersatu akan halang kebangkitan BN.

Kerajaan Pahang dan Perak dapat dibentuk dengan mudah antara PH dan BN.

Umno sendiri kena bersedia membina imej dan jati diri baru yg lebih diterima rakyat.

Kemudian, semua parti lain boleh dijemput menyertai pemerterian emas negara Malaysia.


HUSAM MUSA ialah bekas ahli parlimen Kubang Kerian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.