Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT| Pendakwaan Wan Saiful: 'PN bersih' hanya retorik kosong?

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pendakwaan terhadap ahli parlimen Tasik Gelugor yang juga Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan menimbulkan satu persoalan, adakah imej bersih yang dicanang oleh pimpinan Bersatu dan perikatan nasional sebelum ini mempunyai merit ataupun hanya sekadar retorik dan slogan kosong?

Pendakwaan terhadap Wan Saiful adalah susulan daripada siasatan pihak SPRM terhadap kes Jana Wibawa sebelum ini.

Pihak Perikatan Nasional sebelum ini berusaha mempotretkan bahawa mereka mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada unsur perbuatan rasuah namun begitu perkembangan terhadap siasatan kes janawibawa ini menunjukkan sebaliknya.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said juga pada satu kenyataan beliau terdapat rundingan terus tanpa tender berlaku dalam projek Jana Wibawa ini dan Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada ahli keluarga pemimpin terdekat Bersatu.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa imej bersih PN hanyalah sekadar retorik kosong yang hanya mempergunakan imej agama dan bangsa bagi meraih sokongan dan undi ketika PRU15 yang lalu.

Rakyat seharusnya sedar bahawa pimpinan pembangkang pada hari ini dipenuhi dengan pembohongan dan juga sanggup menunggang sentimen agama dan bangsa hanya untuk mendapatkan kuasa.

Rakyat juga mesti menolak budaya dan sikap suka melakukan fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang pada hari ini.

Sikap ini membawa pada perpecahan dan akan merencatkan agenda perpaduan nasional yang telah digariskan dalam gagasan Malaysia Madani.

Negara sangat memerlukan pemimpin yang jujur, berintegriti dan juga kompeten untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan juga mempunyai nilai-nilai akhlak manusiawi yang tinggi.

Justeru itu, rakyat Malaysia harus bersama-sama menolak sikap dan budaya yang dibawa oleh pihak pembangkang yang jelas menjadi penghalang pada usaha-usaha membina semula negara Malaysia yang kita cintai ini.


AHMAD NADHIR YOB ialah Biro Komunikasi dan Penerangan PKR Kemaman.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.