Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Rakyat Malaysia bersolidariti dengan Palestin

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Saya Baljit Singh, Naib Presiden Gerakan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan Israel ke atas Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.

Sekali lagi saya menyatakan, walaupun saya bukan beragama Islam atas dasar kemanusiaan, sokongan serta dukungan sepenuh jiwa raga saya terhadap perjuangan suci rakyat Palestin dalam menuntut erti sebuah kebebasan dan nikmat kemerdekaan, setelah sekian lama mereka dizalimi, dianiaya rejim haram 'apartheid' Israel.

Tindakan Israel adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab bukan sahaja bertindak kejam merosakkan rumah-rumah rakyat Palestin, malah kemudahan dan tempat perlindungan gereja termasuk Episcopal Church of Jerusalem, Hospital, sekolah-sekolah lain dan institusi sosial.

"Ini adalah perbuatan 'genocide' ke atas rakyat Palestin yang wajib ke atas kita untuk menentangnya dengan semangat Malaysia dan atas nilai kemanusiaan sejagat"

"Mengikut carian saya di google saya mendapati Palestin ini bukan hanya sebuah negara biasa tetapi merupakan kiblat pertama untuk umat Islam. Jadi saya berharap semua umat Islam di Malaysia memberi pemahaman yang jelas kepada kaum masyarakat bukan Islam di Malaysia, agar mereka memahami ini bukan sekadar peperangan sekaligus boleh mengajak mereka bersolidariti bersama Palestin.

Justeru, saya menyeru kerajaan Malaysia tidak hanya pandai bercakap, mesti mengambil langkah drastik selain mengumpul dana, contohnya terus menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui saluran PBB ataupun Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan bagi menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.

Sebagai anggota UNHRC bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu lebih lantang dan berperanan dalam isu ini kerana sewaktu zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, beliau merupakan pemimpin yang pernah menulis surat kepada tiga pemimpin Israel sebagai tanda mengutuk tindakan negara haram itu terhadap Palestin.


BALJIT SINGH ialah naib presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.