Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | KJ patut beri ruang Fahmi jalankan tugas

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menyangkal tuduhan KJ yang disiarkan melalui podcast Keluar Sekejap bahawa Kementerian Komunikasi Dan Digital dipecahkan kepada 2 Kementerian adalah kerana ingin menyelamatkan karier politik Fahmi Fadzil.

Tuduhan KJ itu dilihat sebagai mengecilkan peranan Fahmi dalam mengemudi sebuah kementerian penting di bawah kerajaan perpaduan. PTVM yakin bahawa pemilihan Fahmi untuk menerajui Kementerian Komunikasi adalah berdasarkan keupayaan beliau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh YAB PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendapat KJ itu lebih kepada pendapat peribadi beliau yang kini kian hilang pengaruh dan peranan dalam arena politik.

PTVM mohon Fahmi diberikan peluang merencanakan halatuju Kementerian Komunikasi dengan baik bagi memastikan segala dasar-dasar kerajaan perpaduan mencapai objektif.

Peringatan Perdana Menteri bahawa kini bukan lagi waktu banyak bercakap tetapi lebih kepada turun padang memastikan segala usaha membantu rakyat dilaksakan segera.

PTVM yakin Fahmi akan menjadikan 1 tahun pengalaman memimpin KKD sebagai garis pengukur untuk beliau melakukan reformasi kepada industri kreatif dengan mewujudkan sebuah industri yang lebih berstruktur melalui ekosistem yang kondusif.

PTVM menyokong penuh pelantikan Fahmi dan akan terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang perlaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi memastikan kepentingan industri terbela.

Harapan PTVM agar pihak Kementerian Komunikasi sentiasa mengadakan libaturus dengan PTVM dan mengiktiraf peranan Persatuan dalam industri kreatif sebagai rakan strategik kerajaan.


JUREY LATIFF ROSLI ialah presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.