Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Boikot: Renungan ke atas zionisme dan masyarakat kita

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

SURAT | “We grow up thinking the extreme is the normal (kami membesar dengan pemikiran perkara ekstrem itu suatu yang normal)," kata Odeliya Matter, aktivis dan pendidik dari Beersheba, Israel.

Berbicara mengenai negara yang satu ini saya teringat satu artikel yang diperolehi dari sumber internet judulnya “How Israeli youth helped usher in the farthest right-wing government ever” yang telah diterbitkan oleh laman Vox.

Dalam tulisan itu penulisnya menyatakan “Recent polling backs that surprising observation: A joint poll published by the Israel Democracy Institute last month found that 73 percent of Jewish Israelis between ages 18 and 24 identify as right-wing, compared with only 46 percent of Jewish Israelis over 65. Young Jewish Israelis are showing up to rallies and polling stations for the extremist politicians whose November electoral victory ushered in Israel’s farthest right-wing government ever.”

Ini amat membimbangkan ramai pihak, kerana pemuda di Israel dilihat lebih memilih ideologi konservatif yang lebih bersifat eksklusif, rasis, dan ketuanan dalam melihat bangsa yang lain melebihi leluhur mereka dahulu.

Sementelahan lagi ideologi-ideologi ini boleh berhubung kepada tindakan yang radikal dan keganasan. Mengapa ini penting?

Kerana pemuda akan mengundi dan menentukan siapakah pemimpin yang mereka mahu. Politikus hanya menunggang segala gelombang yang ada di bawah.

Jadi tidak mustahil untuk politikus menukar warnanya dan mengubah arah untuk menjadi komponen parti yang rasis, prejudis, ketuanan, ekstremis semata-mata untuk memperolehi undi yang banyak dari pemuda ini bagi memegang tampuk kekuasaan.

Kanan dapat tempat

Keinginan tanah untuk bangsa Yahudi dan bersifat eksklusif terhadap bangsa lain di Palestin mula bergemencar pada abad ke-19.

Selepas kelompok ini mendapat kuasa, akhirnya mereka mula membentuk sebuah ideologi yang digelar sebagai zionisme.

Dalam satu makalah The Jerusalem Post yang ditulis oleh Yedidia Stern telah memberikan gambaran bahawa gelombang konservatif di Israel semakin lama semakin memuncak terutama dalam peringkat kepimpinan, ideologi dan pendidikan dalam masyarakat.

Dalam tulisan beliau “A long line of right-wing Israeli politicians have been basking in the generous sunshine of global and local conservatism for the last decade. An entire intellectual ecosystem – conferences, research institutes, journals, websites, and visits by sharp-tongued American and European celebrity conservatives – has laid the ground for these politicians’ actions in recent years.”

Keadaan berada di puncaknya ketika mana pada pilihan raya Israel sebelum ini telah memenangkan Netanyahu sebagai perdana Menteri untuk tahun keenam dengan didokong oleh parti-parti komponen yang ekstrem kanan.

Dalam laporan yang diterbitkan oleh BBC menyatakan “Mr Netanyahu, who won elections in November, is set to serve an historic sixth term as prime minster. His coalition contains far-right parties, including one whose leader was once convicted of anti-Arab racism. Palestinians fear the new government will also strengthen Israel's hold on the occupied West Bank.”

Apa yang memburukkan keadaan, koalisi ini telah menolak idea two-state solution  yang sebelum ini ditawarkan bagi merekan ketegangan dan pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah baik di Palestin mahupun Israel.

“Mr Netanyahu's coalition partners reject the idea of a two-state solution to the Israel-Palestinian conflict - the internationally backed formula for peace which envisages an independent Palestinian state in the West Bank alongside Israel, with Jerusalem as their shared capital.”

Netanyahu tidak banyak pilihan selain daripada mengikuti apa yang diinginkan kerana parti koalisinya telah berjanji pada pengundi untuk melakukan apa yang ada untuk mengusir keluar atau membumi hanguskan Palestin.

Ditambah lagi, dia sedang dituduh dengan tuduhan rasuah yang berat, jika kuasa terlepas dalam genggamannya maka segalanya akan berakhir dan penjara akan menjadi tempat terakhir sebelum kematian

Disebabkan itu hari ini kita dapat saksikan, pengeboman dilakukan berkali-kali. Hospital, sekolah, tempat awam tidak lagi menjadi tempat selamat.

Tentera sepertinya sudah membangkitkan naluri haiwan buas yang kerjanya menerkam dan membunuh tanpa mempedulikan anak kecil yang menangis, ibu tua yang menjerit atau haiwan-haiwan jalanan yang menggigil ketakutan.

Kesemuanya bagi menyelamatkan diri didorong oleh kefahaman ideologi zionisme yang tidak beres terutama sekali dari pemuda dan peringkat kepimpinan. Inilah pusingan konservatif dan ia sedang berlaku di merata dunia.

Dampaknya bukan calang-calang sekiranya pemikiran kritis dan semangat kemanusiaan tidak masuk dengan tepat masa, maka keganasan, pengusiran dan kezaliman bukanlah sesuatu yang perlu dipandang aneh.

Dalam lipatan sejarah peristiwa sebegini pernah dan telah pun berlaku terutama sekali ketika berlaku kebangkitan kelompok Nazi di Jerman.

Semangat nasionalisme kanan telah ditiupkan oleh Hitler yang mempromosikan gahnya kelompok Aryan berbanding kelompok lain sehingga mewujudkan prejudis dan diskriminasi.

Perubahan perlu berlaku

Ketika musuh telah dicipta lebih mudah untuk mendapatkan kuasa. Apabila kelompok pinggiran ini berjaya masuk ke ruangan tengah, maka mereka harus merealisasikan apa yang dijanjikan.

Suatu peristiwa besar berlaku yang menyebabkan ribuan nyawa terbunuh dikenali sebagai Holocaust korbannya adalah bangsa Yahudi. Hari ini bangsa ini pula mengorbankan yang lain. Bermakna kebebasan tidaklah terjelma dalam pemikiran. Dari ditindas berubah menjadi penindas.

Pelarian Rohingya.

Beberapa hari lepas, saya bertemu beberapa orang rakan yang kebetulan bertugas sebagai guru.

Mereka mengeluh dan melafazkan rasa tidak puas hati ketika mana pelarian-pelarian Rohingya termasuk pemuda sedang dibincangkan untuk diberikan pendidikan di sekolah-sekolah tempatan.

Kata mereka, mereka tidak suka adanya warga asing yang belajar di sini kerana mereka bukanlah dari bangsa yang sama.

“Kemudian saya tanyakan kembali, jadi apa yang kita belajar dari himpunan solidariti Palestin? Bukankah kemanusiaan perlu didahulukan?

Gambar fail, masjid dibakar di Arakan, Myanmar.

Keresahan ini bukanlah baru kerana sebelum ini, pelarian-pelarian yang lari dari negara beliau akibat tekanan peperangan dan pembantaian etnik mendapat cemuhan dan kutukan yang luar biasa sekiranya mereka mahu berlindung di negara ini.

Walaupun mereka beragama Islam sekalipun. Malah, sesetengah masyarakat melabel etnik ini melampau, kurang ajar, pengotor dan sebagainya. Ini adalah ciri-ciri ekslusif tadi yang terjelma dari  idea-idea konservatif (kanan). Malah idea-idea ini sudah mula merebak dalam kepimpinan parti-parti politik untuk meraih undi.

Antara nukilan yang dapat saya temukan daripada laporan sebuah portal berita tempatan: “Dalam negara kita ini, politiknya mesti orang Islam dan orang Melayu Bumiputera beragama Islam yang mesti memimpin.”

Malah sepanjang kempen pilihan raya dapat kita saksikan bagaimana perihal nasionalis kanan yang mengagungkan satu bangsa sahaja diketengahkan tanpa mengambil kira masyarakat majmuk yang telah lama wujud di negara ini.

Ditempelak balik ke negara asal

Mengejutkan parti-parti politik yang menggunakan sentimen perkauman, ketuanan, prejudis dan diskriminasi mendapat sokongan yang utuh dan kuat. Kalau ada yang menegur ditempelaknya kembali dengan disuruh pulang ke negara asal. Memang tidak bertanggungjawab.

Ideologi seperti ini sepertinya juga telah merebak jauh ke bidang akademik baik di universiti mahupun sekolah. Terutama sekali dalam sejarah.

Pada pengamatan saya, segelintir akademia yang berbicara soal sejarah cenderung untuk menjadi seorang yang kanan yang mempromosikan idea-idea eksklusif.

Dalam sebuah syarahan di YouTube judulnya Kenapa Tidak Hargai Sedikit Kebaikan Melayu. Syarahan tersebut ada menyentuh soal kaum yang rasis.

Antaranya “Melayu menjual tanahya pada orang Cina berkecenderung an untuk berakhir seperti Palestin.”

Idea sebegini menimbulkan prasangka dan memburukkan lagi kepercayaan satu sama lain. Seperti mana yang Zionis lakukan pada rakyat mereka dan Palestin. Terbaru ada pula politikus yang melarang daripada dibina kubur bagi orang Cina. Idea-idea seperti zionisme ini sedang merebak dan membarah.

Bagi saya kempen boikot itu harus dimulakan dengan memboikot ideologi zionisme yang mempromosikan ketuanan, berasakan diri mereka benar, rasis terhadap bangsa lain, merasakan tanah itu milik mereka sahaja dan eksklusif terhadap semua perkara.

Sekiranya ideologi ini diboikot, sudah tentu zionisme yang lain tidak akan muncul. 


WN KHUZAIREY ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.