Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | ‘Me time’ lawan ‘Family time

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Pada pendapat saya ini adalah satu gejala negatif dan tidak kena dengan budaya ketimuran (jika masih relevan).

Jika anak-anak kita boleh bersuara dan memberi pendapat mungkin ada yang mengharapkan lebih tumpuan dan kasih sayang dari ibu bapa di waktu cuti mereka. 


Baca: Hari cuti pun mak-mak nak hantar anak ke Taska?


Ibu dan bapa tidak patut pentingkan diri sendiri bila masih ada anak-anak yang bawah umur 17 tahun.

Apalah sangat me time berbanding family time.

Kiralah jam dan minit serta saat bersama anak-anak untuk setiap hari kita bekerja.

Berapa pula masa kita yang bekerja ini menghabiskan masa ketika waktu makan tengah hari?

Hari Jumaat pula berapa lama pula ‘bersama-sama’ rakan sekerja di luar pejabat berbanding anak-anak kita di Taska terpaksa ‘melayan’ kerenah penghuni Taska?

Tak cukup lagi ke me time?


AFANDI YUSOFF ialah pembaca Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.