Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Kerja bodoh setiausaha politik kanan PM 

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Shamsul Iskandar Md Akin ini tak ada kerja lain yang lebih berfaedah demi kebaikan atau kesejahteraan keseluruhan rakyat jelata?

Beliau adalah setiausaha politik kanan PM tapi suka membazir masa buat kerja yang amat tidak berfaedah langsung.

Mengapa Shamsul Iskandar harus buat laporan polis pada sesuatu yang tidak wujud.

'Langkah Dubai' adalah imaginasi dan ilusi Zahid Hamidi semata-mata yang bukannya satu realiti.

Setiausaha politik kanan PM ini gila publisiti murahan serta menyambut tohmahan palsu Zahid dengan membuat laporan polis.

Pihak PDRM pun sudah pasti terpaksa buang masa untuk menyiasat sesuatu perkara yang tidak pernah wujud.

Inilah kualiti pemimpin-pemimpin kerajaan Madani!

Sebab itulah keadaan pentadbiran negara semakin teruk dan parah kerana mempunyai ramai pemimpin-pemimpin kerajaan Madani seperti Shamsul Iskandar.  

Negara kita akan hancur-lebur dengan gelagat pemimpin-pemimpin kerajaan Madani yang gemar buang masa untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kelemahan dan mutu pentadbiran mereka.


KHAIRUDDIN ABU HASSAN ialah orang kuat kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.