Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT| Kerajaan perlu pertimbang untuk wajibkan industri ambil pelajar TVET untuk OJT

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

SURAT | Kerajaan digesa mempertimbangkan untuk mewajibkan pemain-pemain industri termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil pelajar Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk penempatan latihan industri (OJT).

Ketika ini industri dilihat lebih cenderung mengambil pelajar universiti berbanding TVET.

Terdapat beberapa tahap dalam pembelajaran TVET, di mana tahap satu selalunya diabaikan kerana tidak lagi relevan kepada industri pada ketika ini.

Bermula dengan tahap dua kemudian ke tahap tiga dan seterusnya.

Namun, apabila sampai ke tahap tertinggi, pelajar-pelajar ini perlu menjalani latihan OJT supaya melengkapkan komponen pembelajarannya.

Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada teori dan peperiksanaan sahaja, mereka perlu menjalani latihan industri bagi mengiktirafkan selain menguji kebolehan mereka.

Namun disebabkan tidak wajib, pemain industri lebih gemar mengambil pelajar universiti, jadi bila pelajar TVET akan diberi peluang?

Sementara itu, dalam bidang berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan dron mendahului graduan bidang lain berikutan kebolehpasaran yang tinggi.

TVET sebagai satu 'kuasa baru' yang mampu melahirkan tenaga mahir serta menjana keuntungan berlipat ganda kepada negara.

Perkembangan terkini, melalui dron dan EV di dalam TVET boleh menjana pendapatan yang tinggi dan program impak tinggi.

Kursus pendidikan dron dilihat bukan sahaja semakin popular malah ada individu yang mahu menjadikan dron sebagai sebuah prospek kerjaya baru.

Kemunculan dron ini sudah banyak memberi manfaat di dalam kehidupan seharian termasuk bidang penerbangan, hiburan, pertanian, perubatan, industri pembinaan sehinggalah ke pertahanan dan ketenteraan awam.

Pendidikan EV pula mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.

Pendidikan yang bersifat mikro itu telah membentuk tenaga mahir dari sudut penghasilan bateri, produk yang berasaskan bateri, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan bateri, pelupusan bateri dan juga material pembinaan kereta EV.

Penumpuan terhadap tenaga mahir berkenaan perlu diterapkan dengan program-program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau 'reskilling and upskilling' bagi memantapkan lagi kemahiran dalam EV dan dron sebagai  sebuah wadah yang mampan untuk pembangunan dan masa depan negara.

Hasil usaha kerajaan serta pihak swasta yang mempergiatkan kursus pendidikan berkaitan EV dan dron katanya, berjaya melahirkan graduan dan tenaga mahir  TVET yang berimpak tinggi sekaligus memberi sumbangan saran serta kepakaran bidang berkenaan di medan industri sebenar.

Selaras dengan TVET Madani, apa yang kita buat adalah, kita fokus kepada tenaga mahir yang sedia ada maksudnya katakan kita nak mencipta "big fast result".

"Big fast result’ ini terlebih dahulu akan mempercepatkan proses dambaan serta permintaan oleh pihak industri EV dan dron negara saat pelajar TVET sedang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat pendidikan masing-masing yang dikatakan mengambil masa selama dua tahun lamanya.


SRI GANES PALANIAPPAN ialah Presiden Yayasan Mahir Malaysia

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.