Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Ringgit merosot: Betulkan semata-mata faktor luaran?

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Carta dilampirkan adalah prestasi ringgit sejak tahun 1990-an sehingga hari ini. Data ini adalah purata nilai ringgit setiap bulan berbanding dolar Amerika Syarikat. 

Semakin tinggi harga ringgit berbanding 1 dolar Amerika Syarikat semakin lemah nilai ringgit. Melihat kepada data ini, nilai ringgit hari ini adalah terburuk dalam tiga dekad. 

Semalam kerajaan kata nilai ringgit lemah sebab faktor luaran. Jika ini betul-betul benar, nilai ringgit akan bercampur-campur berbanding mata wang asing yang lain. 

Tetapi fakta sebenar adalah nilai ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang negara lain dan terhempas ke paras terendah dalam 26 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat. 

Ringgit jatuh berbanding euro, jatuh berbanding pound, jatuh berbanding dolar Australia, jatuh berbanding dolar New Zealand, jatuh berbanding dolar Singapura, jatuh berbanding rupee, jatuh berbanding rupiah, dan lain-lain.

Ini bukan sekadar faktor luaran, ini faktor dalaman, atau faktor bagaimana orang atau pelabur luar melihat kepada keadaan pengurusan ekonomi dalaman kita yang kucar-kacir.

Sebab ini juga tahap pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia juga jatuh teruk dan merosot hampir separuh iaitu -47% daripada RM74.5 bilion kepada RM39.5 billion sepanjang setahun pentadbiran Anwar. 

Anwar Ibrahim dan menteri-menteri perlu jawab. Jangan salahkan orang lain.


ISHAM JALIL ialah bekas ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.