Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | KDN perlu semak semula polisi pekerja asing

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Kementerian Sumber Manusia bersama Kementerian Dalam Negeri disaran menyemak semula polisi pengambilan pekerja asing sebagai langkah awal mengurangkan kebergantungan terhadap mereka, rentetan penurunan kadar kelahiran di negara ini.

Semakan semula polisi bagi memastikan pekerja asing melengkapi keperluan negara, bukannya bersaing dengan sumber tenaga kerja tempatan.

Baru-baru ini jemaah menteri membuat keputusan iaitu baki kuota penggajian pekerja asing sektor formal yang masih aktif dan telah dibayar levi tetapi masih belum diterbitkan Visa Dengan Rujukan (VDR) pada 31 Mac 2024 akan dibatalkan dengan bayaran levi kuota dikembalikan kepada majikan

Manakala tarikh akhir kemasukan pekerja asing sektor formal yang baru dengan VDR adalah pada 31 Mei ini dan tiada lagi kemasukan pekerja asing sektor formal dari kuota yang aktif dibenarkan bermula 1 Jun 2024

National Chamber of Commerce and Industry (NCCIM) dan The Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah mengatakan bantahan awal dan rasa panik terhadap keputusan kerajaan yang drastik.

Kerajaan sepatutnya memberikan tempoh enam bulan sehingga 31 September 2024 untuk semua sektor membuat persiapan rapi mengenai urusan ini.


GANESAN ialah pembaca Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.