Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Apa sudah jadi pada KDN?

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Kerajaan tarik balik cadangan pindaan terhadap pemberian kewarganegaraan kepada bayi terdampar. 

Apa yang diamalkan mengikut undang-undang hari ini, bayi terdampar yang dijumpai layak menjadi warganegara secara automatik. Syaratnya, bayi telah disahkan lahir di suatu tempat dan ibunya bermastautin di suatu tempat.

Sebelum ini, kerajaan telah mencadangkan satu pindaan memperuntukkan agar kewarganegaraan kepada bayi terdampar mesti dibuat melalui pendaftaran. 

Taklimat kepada cadangan ini juga telah diberikan kepada ahli-ahli parlimen oleh menteri dalam negeri. 

Proses pendaftaran akan dibuat dengan teliti melibatkan dokumen sokongan seperti sijil lahir, sijil anak angkat, laporan polis, laporan JKM dan keratan laporan akhbar sekiranya ada.

Namun, kerajaan secara tiba-tiba telah menggugurkan cadangan ini daripada dimasukkan ke dalam RUU Perlembagaan (Pindaan) iaitu Perkara 15A2. 

PN berpendapat alasan yang diberikan menteri dalam negeri kepada pembangkang tidak boleh diterima sebagai justifikasi kepada keputusan kerajaan berpatah balik dalam isu ini. 

Kerajaan tidak perlu tunduk kepada tekanan sesetengah pihak yang menganggap pindaan ini sebagai zalim sedangkan taklimat telah diberikan bagi menjelaskan keperluan sebenar peruntukan ini.


ZURK AHMAD ialah ketua penerangan PAS Selangor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.