Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Dua darjat dalam penjara

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Semalam, negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Wan Ji Wan Hussin, yang baru sahaja menamatkan hukumannya di Penjara Kajang, bahawa Najib Razak mendapat layanan sangat istimewa dalam penjara tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu dikatakan ditempatkan di sebuah blok istimewa, di mana beliau mendapat layanan istimewa dan tidak perlu mengenakan baju banduan seperti banduan-banduan lain. 

Pendedahan mengenai layanan istimewa ini menimbulkan persoalan sama ada institusi penjara Malaysia mengamalkan prinsip dua darjat, yang jelas bercanggah dengan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Layanan istimewa yang dinikmati oleh segelintir kecil banduan merupakan satu bentuk diskriminasi kepada semua banduan-banduan yang lain dalam negara. 

Ini sudah pasti akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap prinsip keadilan yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan.

Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia perlu segera tampil memberikan penjelasan dan memastikan bahawa semua banduan dalam negara mendapat layanan yang sama, tanpa sebarang bentuk diskriminasi atau amalan dua darjat.


NA’IM BRUNDAGE ialah Ketua Penerangan Pemuda Bersatu (Armada) Jasin.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Penjelasan Jabatan Penjara boleh dibaca di sini.