Skip to main
Logo Malaysiakini

SURAT | Kebebasan media: Kenapa Wan Saiful tak bandingkan semasa zaman PN

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Tindakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang membuat perbandingan kebebasan media semasa pentadbiran Najib Razak berbanding pentadbiran Anwar Ibrahim sekarang adalah tindakan yang bacul. 

Wan Saiful sendiri tak berani nak membuat perbandingan kebebasan media semasa zaman PN menjadi kerajaan dengan kerajaan Madani sekarang.

Hakikatnya,Wan Saiful sedar bahawa Indeks Kebebasan Media semasa PN menjadi kerajaan berada pada tahap yang paling teruk, iaitu di tangga ke 119 pada tahun 2021. 

Bawah pemerintahan Kerajaan Madani, Indeks Kebebasan Media masih berada pada tahap yang membanggakan iaitu di tangga ke 107 pada tahun 2024. 

Kerajaan Madani telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih Hawana bagi tahun 2025 bagi menyantuni wartawan dan petugas media sama ada yang masih bertugas atau yang telah bersara.

Wan Saiful perlu berhenti mengelirukan rakyat dan perlu berhenti menipu diri sendiri. 

Beliau seharusnya perlu fokus terhadap kes rasuah Jans Wibawa sebanyak RM6.9 juta yang melibatkan diri sendiri.


MUHAMMAD AZHA SALAHUDIN ialah Ketua Penerangan Pemuda PKR (AMK) Wilayah Persekutuan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.