Skip to main
Logo Malaysiakini

Saya sertai Bersatu demi kebaikan pengundi, kata Shabudin

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahya berkata beliau membuat keputusan keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) demi kebaikan pengundi di kawasan itu.

Shabudin dalam sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini berkata rakyat di kawasannya sekarang akan menikmati "kelebihan dan peluang" yang sama seperti ketika beliau berada dalam BN.

"Dalam politik, terdapat dua perkara, parti dan rakyat.

"Apa yang saya lakukan adalah lebih baik untuk rakyat, kerana sekarang saya berada di sisi kerajaan, kita boleh mendapatkan apa sahaja khidmat dan bantuan dari kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.

Ditanya mengenai tuduhan beliau tidak membincangkan langkah itu dengan Umno Tasek Gelugor, Shabudin menjawab: "Keputusan (menyertai Bersatu) dibuat oleh Ahli Parlimen (yang keluar parti)."

"Kami semua mempunyai sebab kami sendiri. Jika saya telah maklumkan kepada Umno, hanya ada dua situasi: ya atau tidak.

"Saya mempunyai alasan saya sendiri yang tidak ada yang boleh kata tidak, bila mana hanya saya boleh katakan ya," katanya, sambil menambah beliau menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan tekun dan menjaga kebajikan semua, tanpa mengira kaum .

[Baca berita penuh]