Papagomo dibawa polis ke balai
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo hari ini dibawa ke balai polis berhubung insiden kekocohan membabitkan dirinya dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, semalam.
Wan Muhammad menerusi kenyataannya berkata anggota polis yang sudah berkumpul di hadapan rumahnya sejak pagi tadi membawanya ke balai polis bagi memberi kenyataan berkaitan laporan polis yang dibuat Syed Saddiq.
“Saya dibawa ke IPD Kajang untuk diambil keterangan bagi laporan Polis palsu yang dibuat oleh Menteri (Belia dan Sukan) Syed Saddiq semalam.
“Terima kasih IPD Kajang jemput saya di rumah memandangkan banyak pula special team (pasukan) dari Bukit Aman dah berkumpul depan rumah saya sejak pagi tadi nak ambush.
“Apa pun terima kasih atas sokongan anda semua. Insya Allah sokongan dan doa semua akan pastikan kemenangan kita dalam menentang kerajaan Pakatan Hancing DAP,” katanya.
Semalam dalam klip video 22 saat yang memaparkan kekecohan itu, Syed Saddiq dilihat dikerumuni penyokong BN, sambil diiringi polis dan Unit Amal PAS, sambil diekori sekumpulan individu yang menjerit.
Syed Saddiq mendakwa Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan itu berlaku.
Papagomo sebaliknya berkata beliau cuma mahu melindungi Syed Saddiq.
Anggota Parlimen Muar itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Bagaimanapun Papagomo berkata, laporan polis yang dibuat oleh Syed Saddiq adalah palsu kerana mendakwa dicekik semalam.
Beliau turut mengancam tindakan saman fitnah terhadap Syed Saddiq berkaitan perkara itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai