Takiyuddin: Ikrar sokongan PAS demi halang usaha singkir PM
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mendakwa dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya di Parlimen.
Beliau berkata, partinya merasakan ada yang tidak kena dengan cara Mahathir bercakap tentang sekutunya dalam PH.
Justeru, katanya, sebab itulah PAS berikrar memberi sokongan kepada beliau ketika pertemuan dengan presiden parti Abdul Hadi Awang Jumaat lalu.
Sehari selepas pertemuan itu, Mahathir mendakwa PAS membuat keputusan untuk tidak menyokong BN dalam PRK Semenyih.
Mahathir sekali lagi menegaskan perkara itu semalam, dan memaklumkan belau menerima persetujuan bertulis yang ditandantangani Takiyuddin.
Bagaimanapun Takiyuddin menjelaskan, persetujuan bertulis itu sebenarnya draf ikrar menyokong Mahathir jika parti komponen PH memulakan undi tidak percaya terhadapnya.
"Salinan draf surat itu diberi kepadanya. Dalam draf itu, kami menyatakan akan bersama perdana menteri jika sesuatu berlaku kepadanya.
"Semua bermula dengan kenyataan Mahathir sendiri. Kita orang politik boleh faham, ada yang tak kena mungkin berlaku dalam PH.
"Dia ada sebut dua parti, saya tak mahu sebutlah," katanya dalam sidang media di Semenyih. Turut serta dalam sidang media itu ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.
Tahap komitmen
Takiyuddin dalam kenyataan semalam berkata, walaupun PAS akan meneruskan kerjasama dengan Umno, komitmennya dalam PRK ini tidak akan sama dengan PRK Cameron Highlands sebelumnya.
"Cameron Highlands kerusi parlimen, tentulah komitmen kami lebih besar. Tetapi (Semenyih) hanya kerusi DUN," katanya.
Namun beliau berkata PAS tetap akan berkempen sedaya-upaya untuk calon BN Zakaria Hanafi.
Beliau memaklumkan PAS dan Umno mengadakan mesyuarat semalam bagi membincangkan program kempen - termasuk ceramah yang akan disertai Hadi dan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai