Skip to main
Logo Malaysiakini

Jelajah Rahmah tangani gejala sosial, bantu LGBT, gelandangan - Mujahid

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Kerajaan akan melaksanakan program Jelajah Rahmah secara berperingkat bermula tahun ini, dalam menyantuni dan membantu komuniti gelandangan serta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mereka yang terjebak dengan gejala sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata program itu akan melibatkan masjid, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.

"Selain memberi bantuan seperti makanan, golongan ini akan dibantu dengan pelbagai pengisian agama dan khidmat kaunseling supaya mereka dapat kembali berdikari dan hidup seperti orang lain.

"Pendekatan ini berbeza, bukan diadakan di dalam masjid seperti lazimnya tapi kita keluar dengan menyantuni mereka di tempat umum dalam satu-satu program," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Rahmah yang pertama kali dianjurkan di Anjung Singgah di ibu negara malam tadi,

Sebelum itu, Mujahid bersama-sama menyertai sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengedarkan bantuan makanan kepada kira-kira 200 gelandangan.

- Bernama