Kereta nasional ke-3 jenis ERV, akan guna kepakaran dalaman
Kerajaan kini sedang memperhalusi dari segi perkongsian teknologi dalam membangunkan projek kereta nasional ke-3.
Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Md Yusof berkata, perkongsian teknologi itu adalah daripada sudut penggunaan platform dan jenis enjin yang akan digunakan untuk projek kereta terbabit.
Katanya, proses berkenaan akan mengambil sedikit masa kerana banyak pihak yang berminat terhadap kereta tersebut.
“Kita dapat banyak cadangan, kita sedang senarai pendek, platform mana yang akan digunakan, ia akan ambil sedikit masa sebab ramai yang berminat.
“Ini bukan keputusan yang mudah sebab kita kena bawa kepada majlis pembangunan negara, untuk memastikan teknologi yang kita pakai nanti mampan,” katanya.
Redzuan berkata demikian kepada pemberita selepas Program Bicara Minda di Sinar Harian, hari ini.
Ditanya, jenis enjin yang akan digunakan, Redzuan berkata ia bergantung kepada keadaan.
Menurutnya lagi, projek kereta nasional ke-3 itu juga akan menggunakan kepakaran negara ini dengan berteraskan jenis kereta extended range vehicel (ERV).
“Kita ada kepakaran begitu yang kita boleh bangunkan. Kita nak lihat apakah permintaan pasaran.
“Jadi setakat ini, memang kita punya pendekatan membangunkan projek kereta nasional ini berteraskan ERV,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai