Skip to main
Logo Malaysiakini

Lip Eng tak setuju Papagomo didakwa kerana ungkap 'ko bodoh'

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng tidak bersetuju dengan pendakwaan ke atas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dan menggesa peguam negara mempertimbangkan semula pendakwaan itu.

"Disebabkan perkataan 'ko bodoh' dituduh dengan Kanun Keseksaan 509, tuduhan ini saya 100 peratus tidak setuju.

"Saya rasa kalau baca Kanun Keseksaan 509 ia kata 'perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang'.

"Adakah perkataan 'bodoh' boleh mengaibkan menteri kita (Syed Saddiq)? Saya tidak fikir begitu," katanya.

Lim yang juga merupakan peguam merujuk pendakwaan di bawah Seksyen 509 ke atas Papagomo kerana dikatakan mengaib dengan menggunakan perkataan 'ko bodoh' terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Papagomo juga didakwa di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan kepada ketua Pemuda Bersatu itu dalam kejadian pada hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Bagaimanapun, tambah Lim, dia tidak menggalakkan mana-mana pihak untuk menengking sesiapa menggunakan perkataan bodoh.

"Tapi teguran bodoh paling teruk pun (hanya) kurang ajar dan tidak sopan. Ia tidak boleh dijadikan sebagai kesalahan jenayah. Tidak patut.

"Dulu saya di parlimen, di luar parlimen, kita pun panggil satu sama lain bodoh ke, kurang ajar ke, adakah mereka akan buat laporan polis terhadap saya?

"Jadi saya menyeru peguam negara pertimbang semula tuduhan terhadap Papagomo ini," katanya.

[Berita lanjut menyusul]