Siti Hasmah ketuai delegasi Kasih kunjungi agensi pengurusan bencana
Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) diketuai isteri Perdana Menteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Putrajaya.
Menurut Nadma dalam kenyataan, kehadiran delegasi yang turut disertai 13 exco Kasih Malaysia itu disambut Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Ketua Pengarah Nadma Mohtar Ab Rahman.
Kasih Malaysia telah menetapkan pengurusan bencana sebagai satu daripada lapan portfolio yang diwujudkan pertubuhan itu, katanya.
Menurut agensi itu, Nadma dan Kasih Malaysia mempunyai potensi dan peluang yang besar untuk bekerjasama dalam pengurusan bantuan semasa bencana.
"Portfolio (Kasih Malaysia) ini adalah asas kukuh untuk Nadma dan Kasih Malaysia merangka dan melaksanakan kerjasama di bidang pengurusan bencana,” kata Nadma.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai