Pemuda Umno, PAS Shah Alam ingatkan 13 Mei pada Guan Eng
Pemuda Umno dan PAS Shah Alam membuat laporan polis ke atas Lim Guan Eng, berhubung kenyataan menteri kewangan itu semalam.
Dalam laporan tersebut, pemimpin Pemuda Umno dan PAS itu meminta agar Lim disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri, berkata kenyataan Lim itu boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
"Kami amat kecewa kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan.
"Dengan kenyataan sebegini yang keluar dari mulut seorang pemimpin negara, kami takut tragedi 13 Mei akan berulang," katanya kepada Malaysiakini.
Mohd Dendera juga mempersoalkan jika Lim mahu perkara tersebut berulang ketika Umno dan PAS kini akur sebagai pembangkang dan mahu menjadi yang terbaik.
Sementara itu Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim, menyifatkan kenyataan Lim tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.
"Kenyataan yang bersifat perkauman itu boleh menggugat keamanan negara kita," ujarnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai