Gempa bumi gegar Papua
Gempa bumi bermagnitud 5.3 pada Skala Richter menggegarkan kawasan Timur Laut, Papua, Indonesia tengah hari ini.
Gempa berpusat di 71Km Timur Laut Yalimo-Papua itu berlaku pukul12.32 tengah hari waktu Indonesia Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasakan di Timur Laut Papua dan Wamena.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan. Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai