Skip to main
Logo Malaysiakini

Aktivis hantar memo bantah 'lesen online' pasar Ramadan

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Sekumpulan aktivis hari ini menghantar memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad bagi membantah sistem permohonan tapak pasar Ramadan secara atas talian.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Jawatankuasa Bertindak Bazar Juadah 2019 itu berkata proses permohonan secara atas talian tidak adil dan menyusahkan.

“Proses tersebut akan mendatangkan masalah kerana kebanyakan mereka berniaga berhampiran dengan tempat tinggal mereka dan apabila sistem undian dilaksanakan, kemungkinan besar mereka tidak akan mendapat tapak lama mereka,” ujar wakil jawatankuasa itu Gulam Muszaffar.

Gulam dan Ku Nan

Referendum tersebut diserahkan di hadapan bangunan parlimen. Ia diterima oleh wakil Khalid.

Salinannya diberikan kepada bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pembangkang Ismail Sabri.

Sebelum itu langkah sama turut dibantah oleh Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu, Wilayah Persekutuan (PPPKM).

Khalid pada 22 Februari lalu menegaskan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) tegas dengan keputusan untuk menguruskan sendiri sepenuhnya Bazar Ramadan 2019 dan akan memperkenal sistem lesen atas talian.

Katanya, langkah itu dapat memudahkan mereka mengenal pasti serta membuka peluang kepada sesetengah kumpulan minoriti seperti orang kurang upaya dan ibu tunggal bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan.