Skip to main
Logo Malaysiakini

UDA lantik pengerusi, 3 ahli lembaga pengarah baru

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mengumumkan pelantikan Hisham Hamdan sebagai pengerusi UDA Holdings Bhd yang baru, berkuat kuasa 28 Februari, 2019.

Kementerian turut mengumumkan pelantikan tiga ahli lembaga pengarah baharu terdiri daripada Mohd Rafee Mohamed, Rosli Dahlan dan Mohamad Subki Ahmad bagi menggantikan komposisi ahli lembaga pengarah UDA yang telah tamat tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa pada tarikh sama.

“MED mengalu-alukan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah dalam barisan kepimpinan syarikat dan yakin pengalaman luas yang mereka miliki akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham Hamdan yang merupakan pengarah eksekutif, pelaburan dan ketua penyelidikan dan strategi pelaburan Khazanah Nasional Bhd, memiliki 28 tahun pengalaman dalam pelbagai struktur korporat seperti pembangunan hartanah, kesihatan, pelaburan perniagaan, tenaga dan utiliti di peringkat antarabangsa.

- Bernama