MP mohon kerajaan isytihar darurat di Pasir Gudang
PARLIMEN | Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini memohon supaya kerajaan pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor susulan pencemaran Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang, Johor akibat pembuangan toksik.
Kata Hassan (PH-Pasir Gudang), usul yang dipohon kepada Speaker Dewan Rakyat itu adalah bertujuan memastikan bencana pencemaran toksik berkenaan dapat dikawal.
“Sebagai ali parlimen Pasir Gudang saya mohon supaya kerajaan persekutuan isytiharkan darurat di Pasti Gudang mulai hari ini juga.
“YB Menteri tolong saya. Pagi tadi saya hantar surat kepada Speaker supaya usul tergempar dibentangkan di parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin!
“Saya minta soal teknikal diketepikan. Ini soal nyawa! Saya minta usul ini dibincangkan dan dibahaskan hari ini,” kata Hassan yang mencelah semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pagi ini.
Ahmad Maslan (BN-Pontian) juga menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat kerana menurutnya, kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim yang tercemar hanya dijangka siap dalam tempoh satu minggu.
Sementara itu, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan darurat secara unilateral.
“Saya akan panjangkan pandangan-pandangan kepada jawatankuasa. Ini bukan keputusan saya seorang sendiri. Akan buat keputusan secepat mungkin.
“Sebenarnya mengikut EQA semua pengeluaran sisa toksid perlu dilupuskan di tempat berlesen. Tapi apa terjadi sekarang adalah pesalah tidak mengikuti undang-undang.
“Saya harap juga bahawa YB sekalian boleh bertanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat apabila kita menangani krisis ini. Jangan main politik, jangan menuding jari,” kata Yeo.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai