Skip to main
Logo Malaysiakini

Bekas pekerja Channel W dakwa tak dibayar gaji

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Sekumpulan bekas pekerja Channel W yang disiarkan melalui MyTV hari ini merujuk masalah gaji mereka ke Jabatan Tenaga Kerja selepas tuntutan kepada pihak majikan masih belum ditunaikan.

Wakil mereka, Mohd Haizal Yatiran, berkata mereka sebelum ini sudah membuat aduan kepada polis berhubung masalah yang dihadapi.

Menceritakan kesulitan dialami, Mohd Haizal berkata mereka dijanjikan bayaran gaji pada 27 Feb lalu.

"Bagaimanapun sehingga ke hari ini gaji berkenaan masih belum diperolehi," katanya kepada media di Subang Jaya hari ini.

Mohd Haizal berkata mereka bercadang mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dalam tempoh terdekat.

Sementara itu pegawai syarikat Ritz Global TV Bhd yang dihubungi Malaysiakini enggan memberi komen.