NGO gesa M'sia jamin hak pelarian
Kerajaan digesa untuk memastikan hak pelarian di Malaysia terjamin.
Ia antaranya, kata Pengarah eksekutif Tenaganita Glorene Das, hak untuk bekerja secara sah, hak untuk kanak-kanak pelarian mendapatkan pendidikan secara rasmi serta penjagaan kesihatan yang berpatutan.
“Kami meminta pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut bagi membolehkan para pelarian ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik,” ujar Glorene di Petaling Jaya hari ini.
Sidang media itu diadakan susulan penarikan semula arahan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk berhenti memberi perlindungan kepada pelarian dari Chin, Myanmar.
Glorene berkata sebelum arahan penarikan semula dikeluarkan, kad UNHCR sesetengah pelarian Chin telah ditarik semula.
Jun tahun lepas, UNHCR telah mengeluarkan arahan untuk berhenti memberi perlindungan kepada pelarian dari Chin setelah mengesahkan bahawa kawasan tersebut telah selamat.
Penduduk Chin diberi sehingga Januari 2020 untuk pulang ke tanah akhir sebelum status kad mereka tamat dan tidak lagi dilindungi UNHCR.
Namun arahan tersebut telah ditarik semula oleh pihak UNHCR pada tahun ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai