Lim sahut cabaran Jamal ulangi dakwaan isu AP
Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini menjawab cabaran pemimpin Umno dan Baju Merah, Jamal Md Yunos, supaya mengulangi kenyataan mengenai pemilikan lesen import (AP) kenderaan ke atasnya di luar dewan.
Lim berkata sudah dua kali Jamal mencabarnya untuk membuat dakwaan tersebut di luar Dewan Rakyat.
Katanya semakan pada rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan ketua Umno Sungai Besar itu tersenarai sebagai pemegang AP.
"Semuanya ada rekod. Jadi, ada apa (masalah) untuk saya mengulangi. Malu apa Jamal? Mengaku atau nafikan sajalah," sindir Lim mengajuk kata pikat yang dipopularkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Untuk rekod sebarang kenyataan yang dibuat di dalam parlimen tertakluk kepada keistimewaan dan kekebalan undang-undang..
Justeru biasanya seseorang anggota parlimen akan dicabar membuat kenyataan sama di luar dewan bagi membolehkan tindakan mahkamah diambil jika pihak yang terbabit berasakan ia perlu dibuat.
Melalui senarai diberikan Lim, syarikat yang dikaitkan dengan Jamal itu berada pada kedudukan ke-57 daripada 164 syarikat dalam pemegang AP yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Bukan kali pertama
Dalam rekod SSM juga nama Jamal dipaparkan sebagai salah seorang daripada empat pengarah syarikat terbabit dengan pegangan saham 10,000 unit.
Pada 18 Mac lalu semasa berbahas di Dewan Rakyat Lim mendakwa Jamal adalah antara orang yang tersenarai dalam 128 pemegang AP baru yang dianugerahkan oleh pentadbiran BN sebelum ini.
Justeru Lim menggesa agar senarai pemegang AP dikaji semula kerana ada pemimpin Umno yang mendapat manfaat daripada dasar terbuka berkenaan.
"Saya sarankan kerajaan ubah polisi AP terbuka import kereta supaya polisi boleh benar-benar manfaatkan lebih banyak bumiputera dan bukan hanya memperkaya sebilangan bumiputera yang suda kaya menjadi lebih kaya.
Ekoran kenyataan itu Jamal mencabar Lim agar mengulangi dakwaan terhadapnya di luar Dewan Rakyat.
"Ini bukan kali pertama dia (Lim) petik nama saya, tapi kali ini saya akan respons, dan saya cabar dia untuk ulang dakwaan tu di luar Dewan Rakyat," kata Jamal.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai