Skip to main
Logo Malaysiakini

NZ siar azan solat Jumaat seluruh negara minggu ini

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

GLOBAL | Steven televisyen dan radio nasional New Zealand akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat minggu ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern sebagai tanda solidariti dengan umat Islam di negara itu.

Ia susulan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch ketika waktu sembahyang Jumaat minggu lalu, yang mengorbankan 50 nyawa.

"Untuk memperingati (sempena seminggu serangan), akan ada tafakur selama dua minit pada Jumaat ini.

"Kami juga akan menyiarkan azan secara nasional melalui TVNZ dan RadioNZ," katanya seperti dilapor CNN Indonesia yang memetik TVNZ.

Ardern yang juga pemimpin Parti Buruh New Zealand kian diperkatakan selepas dilihat mengendalikan tragedi itu dengan baik.

18 Mac lalu, Ardern mengumumkan akan mengetatkan undang-undang pemilikan senjata api di negara itu.

Beliau juga bersumpah untuk tidak menyebut nama pengganas berusia 28 tahun - yang kini dalam tahanan dan didakwa atas kesalahan bunuh.