Skip to main
Logo Malaysiakini

Laskar siber haram jika jadi ejen sebar fitnah - Mufti

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

LAPORAN KHAS | Peranan laskar siber ataupun cybertrooper akan menjadi haram sekiranya mereka bertindak menyebarkan fitnah dan berita tidak benar.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, berkata ia bergantung kepada niat seseorang itu dan sekiranya mereka menyatakan kebenaran ia tidak bercanggah dengan hukum Islam.

"Ia mudah saja, jika kita gunakan pisau untuk sembelih ayam, kambing ia tidak mengapa. Tetapi kalau menggunakan pisau itu untuk tujuan membunuh ia berdosa.

"Kembali pada matlamat dan cara menggunakan, kalau guna untuk kebaikan, maka ia akan menjadi perkara baik," katanya kepada Malaysiakini.

Mohamad Shukri mengingatkan laskar siber supaya menggunakan ruang siber untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran dan bukannya fitnah.

Katanya, penyebaran fitnah dan berita tidak benar bukan saja akan merosakkan masyarakat, tetapi turut memberi kesan kepada negara.

Oleh itu katanya, laskar siber perlu menilai niat dan matlamat perjuangannya dan tidak boleh hanya mengharapkan upah yang lumayan semata-mata dengan melakukan perkara bercanggah dengan hukum agama.

"Kalau mahu menyebarkan fitnah ia adalah sesuatu perbuatan yang haram dilarang serta ditegah.

"Tetapi sekiranya mereka melakukan kebaikan dengan menyebarkan perkara-perkara yang benar ia akan beroleh pahala," katanya.


SIRI 1: Laskar siber kerjaya lumayan, tapi mencabar

SIRI 2: Tembak dulu, fakta kemudian - Laskar siber