Streram nafi solat hajat dibuat untuknya
Calon PH untuk pilihan raya kecil (PRK) Rantau, Dr S Streram menafikan wujudnya penganjuran solat hajat untuknya sempena sambutan 20 tahun PKR seperti yang ditularkan di media sosial dan diedarkan melalui risalah-risalah kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Jelasnya, perkara berkenaan adalah palsu dan dia sama sekali tidak tahu menahu mengenai hal itu.
"Saya akan bincang dengan pemimpin saya mengenai perkara ini tapi perkara ini tidak wajar berlaku.
"Ini boleh timbulkan isu perkauman tapi kita sebagai PH kita nak menyatukan pelbagai bangsa dan agama," katanya kepada pemberita selepas menghadir Majlis Perasmian Pasar Malam di Bandar Sri Sendayan hari ini.
Risalah itu antara lain mengatakan solat hajat untuk Dr Streram sempena sambutan 20 tahun PKR akan diadakan di Masjid Imam Haji Kahar, Bandar Ekar pada pukul 7.00 petang esok.
PRK DUN Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Dr Streram, calon BN dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai