Skip to main
Logo Malaysiakini

'Tindakan Osman harus dihormati'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin hari ini menyambut baik peletakan jawatan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor.

Kata Khaled langkah Osman itu adalah tindakan yang bertanggungjawab dan ia harus dihormati.

Menurut bekas menteri besar Johor itu, negeri terbabit memerlukan pemimpin yang bukan sekadar berwibawa malah mahir mentadbir, selain mempunyai wawasan yang jelas untuk memajukan rakyat.

Bagaimanapu kata Khaled kedudukan Johor sejak 11 bulan lalu sangat tidak memberangsangkan dan rapuh.

"Ini menyebabkan defisit kepercayaan terhadap kerajaan negeri dan institusi di bawahnya mencapah dengan drastik sekali.

"Banyak sekali janji dalam manifesto dan pelbagai agenda rakyat terus gagal dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Justeru Khaled berharap pengganti Osman akan dilantik dalam kalangan tokoh yang memiliki peribadi yang boleh dijadikan teladan, amanah dan cekap melaksanakan tugasnya.

Pada masa sama katanya Umno akan terus memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang melalui fungsinya sebagai pembangkang yang berwibawa.

Katanya langkah itu diambil demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor.

"Kepada mantan menteri besar Johor, saya mengucapkan terima kasih atas jasa dan sumbangsih terhadap rakyat Johor selama 11 bulan lalu," katanya.