Skip to main
Logo Malaysiakini

Putrajaya gagal pinda perlembagaan

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

PARLIMEN | Cadangan kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam ini.

Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.

Mengikut keadaan semasa PH memerlukan sokongan 148 anggota parlimen bagi meluluskan pindaan tersebut.

Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali. Tiada mana-mana anggota parlimen membantah cadangan tersebut.

Selepas undian disahkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata, rang undang-undang itu tidak boleh diteruskan pada peringkat kedua.

Beliau kemudian menangguhkan sidang hari ini.

Ekoran keputusan tersebut Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) berkata rakyat akan menghukum anggota parlimen yang enggan menyokong usul dibawa perdana menteri.

Sementara itu sumber berkata anggota parlimen yang bersikap berkecuali semasa undian dijalankan iala dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), BN dan PAS.

"Kami percaya beberapa anggota parlimen pembangkang dari Sabah menyokong rang undang-undang tersebut," katanya yang enggan didedahkan identitinya.

Menurut sumber terbabit, anggota parlimen bukan kerajaan yang menyokong ialah Anifah Aman (Bebas-Kimanis), Jeffrey Kitingan (PBS-Keningau), Maximus Ongkili (PBS-Kota Marudu) dan Arthur Joseph Kurop (PBS-Pensiangan).

Sementara itu, kata sumber, beberapa anggota parlimen PH - termasuk Maszlee Malik (Simpang Renggam), Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya) dan Noor Amin Ahmad (Kangar) tidak hadir semasa undian dijalankan.

Seramai 46 anggota parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan.

[Baca berita penuh]